Monday, April 11, 2011

Kerjaya MaSa DePan Ku...

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan:


* Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
* Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancang bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T5 RM2455.61]; atau
* Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T3 RM2271.93]; atau
* Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T1 RM2088.25]; dan
* lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

* mempunyai kelayakan di atas; dan
* berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

1 comment: