Friday, May 18, 2012

Sekitar Tasik UTM..tempat aku lepaskan segala masalah....

Track jogging yang selalu aku ikut untuk ke tasik....Laluan lepaskan tekanan






Tasik belakang Blok 11..Tasik Kayak...

Tasik UTM..Tempat aku melayan perasan bila ada masalah..

Kawasan yang menjadi tumpuan budak utm untuk lepaskan segala masalah..

sekitar tasik utm

Pusat untuk tangkap ikan secara senyap..hehe..dan sambut birthday

Pemandangan masjid dari arah tasik

Tu la salah satu aktiviti budak2 UTM..HEHE

cantikan tasik utm..hehe

Berginilah banglo aku...mewah ada wifi kot..hehe

perjalanan pulang ...track joging yang baru siap..

Sunday, May 13, 2012

Semangat Thesis..PSM...UTM..

Salam rakan bloger...
dah lama tak tulis blog..rasa malam ni nak tulis sesuatu....
SELAMAT MENULIS THESIS...
.
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
GO THESIS GO !!!!
 tu je yang nak tulis..hehe
nite tidor dlu ...................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Thursday, August 18, 2011

ramadhan penuh makna...

alhamdulliah......
Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang belum penah aku dapat...
Hidayah ramadhan..itu lah yang mampu aku katakan......
Ramadhan kali ini akan menjadi titik perubahan dalam kehidupan aku...amin..
keinginan untuk beli baju raya....x dak..hehehe
keinginan nak memenuhi terawih dimalam hari .....hehehe..
jom kita cuba memenuhi malam ramadhan dengan solat terawih..



Tuesday, August 9, 2011

Aku takut untuk membuat keputusan..

Ya Allah apa yang telah aku lakukan....adakah keputusan yang telah aku buat ini betul??
persoalan itu sering kali menghantui benak fikiran aku...apa yang aku cari dalam hidup ini..
kepuasan?kebahagian?kesensaran?
aku tak sanggup lagi menanggung derita ini..
semua masalah ini aku yang buat..
kenapa haruskan aku mempersalahkan insan yang tidak berdosa..
kenapa harus insan yang tidak bersalah menanggung derita..
dek kerana perasaan ego aku..adoi...kenapa ni!!!
adakah ini ketetentuan yang telah ditetapkan....
sampai bila harus aku bergini...sampai bila!!!
aku menangis dalam ketawa...aku berfikir dalam diam...
semuanya bermula pada hari 2....ego..menguasai diri..
aku mintak maaf...aku memang takut untuk buat keputusan ini..
tapi ........aku masih....
tiada ungkapan..
tiada kata..
tiada bisikan..
tiada cerita..
hanya ada 1 dalam hati..
ya allah inikah ketetapan yang telah kau berikan kepada aku?

Sunday, April 24, 2011

kAtA kncI USAHA TanGgA kEjAYaaN



gambar yang aku gunakan sebagai walapapper laptop aku...semangat gitu..huhuhu


SALAM ....ketika Tangan aku ligan memegan mouse hati aku tertarik untuk menjacari maksud apakah yang dinamakan usaha tangga kejayaan....dalam banyak-banyak laman yang aku jumpa aku tertarik dengan laman "cemapaka biru" aku terus membaca laman tersebut..dan aku mengambil artikalnya masuk dalam blok aku,....ni dia apa yang aku masukkan ...aku lepas aku baca aku pon cuba untuk memotivasikan diri aku dengan mencari gambar atau kata-kata yang memberikan aku semnagat untuk aku study maklumlah nak dekat exam nak katakan...aku terus mengamabil kata-kata di dan jadikan walpapper laptop aku..aku selalu pegang kata abang aku masa aku nak masuk u dulu"lan tak dak sapa yang boleh ubah kita..melainkan diri kita..ingat hang dah tak dak ayah dah..kita bukan orang senag@kaya jadi kena belajar rajin-rajin lan.."perg..kata-kata ni benar-benar membuatkan aku semangat nak study..biar la orang kata aku bertapa ka..kuat study ka....yang akau tahu aku bukan budak yang pandai aku kena buat berusaha lebih dari orang lain..."kalau ada usaha pasti ada kejayaan"

kata-kata semangat yang akan akan pegang....inyaalllah..

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .

Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan .Antaranya :

A. Doa

Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”

Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.

B. Tidak Mudah Berputus Asa

Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

C. Istiqamah

Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah . Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan RasulNya agar beristiqamah dalam menyampaikan dakwah .sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “ Maka serulah ( mereka kepada agama Allah ) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”

D. Tawakal

Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar.Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa .

Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadukan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran diamping menjadikannya lebih tabah dan kental.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Hendakalah kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman” , Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.

E. Ihsan

Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya , sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan Allah.Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen”satu sikap yang membawa maksud yang hamper sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

F. Sabar

Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.Dalam Alquran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar , antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “ Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka” . Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “ sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “ Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengannya akan mendapat kejayaan.

G. Tidak bertangguh/ Menjaga masa

Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas . Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang untuk perkara –perkara yang terbaik

Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “

H. Menjaga kesihatan

Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikaldan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “ Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.Ibadat dalam Islam seperti solat , puasa ,haji merupakan satu bentuk riadah untuk menyihatkan jasmani dan rohani.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidaka akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.

Thursday, April 21, 2011

Semuanya Tentang Islam


Ya Allah.. Aku memohon keampunan dari Mu..Sesungguhnya aku hamba yang lemah...
hati aku tersentuh takkala aku memikirkan dosa yang telah aku lakukan..Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini perlukan pertunjuk dari Mu..Allah Yang Maha Kuasa..



Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis ada bersabda yang bermaksud: Barang siapa membiasakan beristighfar, Allah memberi jalan keluar bagi setiap kesempitan, kegembiraan bagi setiap kebimbangan dan Allah memberi rezeki yang tidak dapat dikira. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Setiap anak Adam mempunyai dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa itu ialah mereka yang bertaubat. Dalam sebuah hadis lain dijelaskan bahawa Baginda s.a.w ada bersumpah sesungguhnya baginda memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali. Dalam sebuah hadis lain, baginda menyeru setiap orang agar bertaubat kepada Allah. Baginda bertaubat setiap hari 100 kali.


Muhammad s.a.w yang merupakan seorang nabi dan rasul, maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t bertaubat 100 kali setiap hari. Adakah kita sebagai manusia yang tidak berupaya mengelakkan dosa ini, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan zina itu langsung tidak pernah bertaubat.

Dalam surah an-Nur: 31 terdapat firman Allah yang bermaksud: Taubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang yang beriman, semoga kamu semua berbahagia.

Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan bahawa Allah s.w.t telah berfirman: Wahai anak Adam, selagi engkau memohon dan menghadapkan Daku, Aku akan ampuni semua dosa. Aku tidak peduli banyak atau sedikit. Wahai anak Adam, kalau engkau datang kepada-Ku dengan dosa sebesar isi perut bumi lalu engkau menemuiku, sedangkan engkau tidak pernah menyekutukan Aku dengan sesuatupun, tentu Aku menjumpaimu dengan ampunan sebesar perut bumi pula - hadis riwayat at-Tirmizi.